Thursday, January 28, 2010

JOM KE JAKARTA

1 UMMAH


Deligasi dari Malaysia bergambar bersama Presiden KAMMI ( Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia ) , saudara Rijalul Imam ( sebelah kiri Saiful Islam )





Bergambar kenangan bersama Ir. Tifatul Sembiring , Menteri Perhubungan dan Informasi Kerajaan Indonesia




Mengadakan perbincangan dalam kumpulan bersama peserta dari berlainan negara






Konvoi bersama pegawai trafik Indonesia bagi mengelakkan kesibukan jalanraya terutama di Bandaraya Jakarta .






Semua para peserta menghadiri seminar sehari di Universiti Indonesia ( UI ) pada hari ke-2





Rombongan deligasi dari Maghribi yang sentiasa menghangatkan suasana dengan irama Timur Tengah mereka .






Menghadiri jamuan makan tengah hari bersama Gabenor Jakarta Dr. Ing. H. Fauzi Bowo







Di Taman Mini Negara Indonesia , bergambar di salah sebuah replika rumah Bangsa Minang di Indonesia









Mengambil kesempatan bergambar di salah sebuah dewan di Parlimen Indonesia








Semua peserta khusyu' mendengar taklimat dan pengisian yang diberikan Menteri Anis Matta dan bahasa rasmi di dalam parlimen hanyalah bahasa Indonesia .









Jumlah peserta yang hadir ke seminar membincangkan topik remaja dan cabaran terkini di negara-negara Islam











Salah seorang wakil dari Malaysia , Saifullah dan Khairul Anuar sedang bersembang dengan wakil dari Turki












Himpunan manusia yang ingin melakukan sesuatu buat kesejahteraan bangsa manusia





Bismillahirrahmanirrahim.........




Moga menjadi suatu muqaddimah yang barakah buat satu tahun yang masih panjang .




Pemulaan 2010 Masihi ( 1431 Hijri ) , misi dimulai dengan suatu kembara ke bumi lahirnya seorang tokoh Agamawan tersohor di bumi Melayu . HAMKA . Haji Abdul Malik Karim Amrullah . Itulah nama gelaran buat tokoh yang belum di temui galang gantinya ini .



Alhamdulillah , sesudah misi Kembara Kemboja 2009 disudahi , dimulai pula tahun 2010 ini dengan suatu misi yang lebih besar , dalam konteks penyatuan ummah seluruh dunia . Jom ke Jakarta kali ini , membawa saudara Saiful Islam selaku Pengerusi Grup Ashabul Kahfi ke Bumi Indonesia selaku wakil kepada WADAH ( Wadah Pencerdasan Ummat Malaysia ). WADAH adalah salah satu ahli dibawah organisasi Union of NGOs of the Islamic World ( UNIW ) di Malaysia .




Sebanyak 22 negara dengan deligasi seramai 152 orang menghadiri Perhimpunan Belia Antarabangsa kali ke-3 ini . Jakarta dan Bandung menjadi lokasi berlangsungnya program seminar , program ziarah dan program di dalam kem serta program 'outdoor' selama 8 hari di sana bermula 17 Jan sehingga 24 Jan . Turki , Sudan , Maghribi , Australia , Pakistan , Bangladesh , Albania , Serbia , Palestin , Kuwait , Burkina Faso dan Indonesia selaku tuan rumah adalah antara negara-negara yang menghantar wakil mereka bertujuan mengadakan diskusi dan perbincangan dalam menyelesaikan konflik di negara masing-masing dan fokusnya pada permasalahan pendidikan . Pelbagai ragam dan halangan yang terpaksa di tempuh mereka-mereka ini selaku negara minoriti islam mahupun majoriti islamnya .




Terasa tautan ukhuwwah yang pada awalnya masih tersimpul rapi kemudian perlahan-lahan terurai lalu terjalinlah ikatan ukhuwwah islamiyyah di antara para peserta yang berlainan bangsa , negara termasuk warna kulitnya tetapi dibawah satu bendera Syahadah . Sememangnya Islam itu indah , menyatukan seluruh ummat manusia di bawah satu aqidah . Allahu Akbar .



Keramahan wakil dari Turki , ragam delegasi dari Maghribi yang acap kali menggamatkan suasana , semangat dan kata-kata juang yang dilontarkan oleh wakil dari Palestin , kepetahan berkata-kata dan lontaran-lontaran idea dari wakil Malaysia , Indonesia , Sudan dan Bangladesh adalah senario yang menghiasi The 3rd International Youth Gathering kali ini . Bagaikan perencah yang mencukupkan rasa . Suatu kenangan yang tidak mudah dilupakan . Apatah lagi bahasa perantaraan semasa program adalah Inggeris , Arab dan Indonesia . Jika ada yang tidak tersenarai dalam bahasa pengantar maka ibarat itik berbicara dengan angsa . Melucukan tetapi itulah yang menvariasikan suasana serta menambah lagi keindahan berukhuwwah itu . Bertepatan dengan Firman Az Zawajalla :

YA AYYUHAN NASU INNA KHALAQNAKUM MIN ZAKARINW WAUNTSA WAJAA'ALNAKUM SYUU'BANW WAQABAILA LI TAA'RAFUU , INNAAKRAMAKUM I'NDALLAHI ATQAKUM , INNALLAHA A'LIMUN KHABIR . ( Al- Hujuraat ayat 13 )


Bermaksud : Wahai seluruh ummat manusia , sesungguhnya kami ( Allah ) telah menciptakan kamu manusia dari kalangan kaum lelaki dan wanita dan kami jadikan kamu dari pelbagai bangsa dan pelbagai suku puak supaya kamu saling kenal mengenal .Sesungguhnya yang paling mulai di kalangan kamu adalah orang yang lebih taqwanya dikalangan kamu . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendalam Pengetahuannya tentang kamu .




Semoga kita dapat mengambil istifadah dari muamalat kita untuk lebih menambahkan ketaqwaan dan keimanan buat yang Haq . Akhir kalam , semoga Islam kembali bersinar membangun selaras ketamadunan dunia . Ameen . Selaku muslim KITALAH , yang harus merealitikannya . Salam Ukhuwwah .

Friday, October 30, 2009

KEMBARA
KEMBOJA


Salam kemaafan , kerana lewat meng'update' khabar dari Kemboja atas beberapa masyaqqah di Kemboja dan beberapa urusan keluarga yang perlu ditunaikan . Alhamdulilllah bertarikh pada 16 Oktober 09 merupakan tarikh bermulanya Kembara Grup Ashabul Kahfi , meneruskan misi penyebaran dakwah ke Wilayah Phnom Penh di Kemboja . Misi kali ini diwakili oleh Pengerusi Ashabul Kahfi Tahfiz's Team , saudara Saiful Islam bersama ahli terbaru Ashabul Kahfi , saudara Uwais Alqorny yang merupakan pelajar lepasan Tahfiz Kubang Bujuk di Terengganu dan kini menyambung pembelajaran di Matrik UIA .


Saudara Uwais Alqorny (berkopiah) bersama Haji Azam dan Saiful Islam yang bertempat di Anjung Rahmat


Misi kami awal 2 hari dari tarikh yang sepatutnya , memberikan kami peluang untuk mengenali Kemboja dan penduduk setempat dengan lebih dekat dan lebih santai . Dengan membawa imej sebagai pelancong biasa pada awal kedatangan , memudahkan untuk masyarakat setempat mendekati kami dan kami mendapat layanan sama seperti para pelancong yang lain . Satu peluang dan kelebihan buat kami untuk mengkaji dan mengenali sosial politik dan sosio budaya sebenar masyarakat di Kemboja . Dengan harapan agar semua maklumat yang diterima dari mulut ke mulut menjadi lebih telus tanpa ada maksud yang tersirat di sebalik kata-kata dan penceritaan mereka .
Berbeza dengan penampilan pada hari-hari yang berikutnya bila kami menampilkan imej yang lebih formal sebagai wakil FGN ( Future Global Network ) di bawah pimpinan Haji Azam , Mantan Presiden Abim , ke Kemboja ; dengan pemakaian 'vast' dan songkok beserta kopiah . Pandangan masyarakat mula berbeza , dan mereka mula nampak segan dengan kami . Tidak seperti mula-mula mengenali kami pada awal kedatangan .




Kami melawat ke salah sebuah kelas yang dibiayai oleh GPM dibawah kendaliaan Haji Azam dengan kerjasama dari CMIA . Sekolah Dubai Islamic School ini terletak di Kilometer 9 di Wilayah Phnom Penh.



Pelbagai jenis lapisan masyarakat yang kami temui bermula dari golongan yang berpelajaran , pemimpin masyarakat yang berpengaruh , ahli koprat dan perniagaan , golongan yang mementingkan kepentingan peribadi maupun ummat , golongan pekerja bawahan dan atasan , tidak kurang juga yang memperdagangkan tubuh demi mencari rezeki . Pelbagai ibrah dan istinbat yang tersimpul di akal dan lubuk hati . Dengan mudah dapat menyelami frasa-frasa Firman Ilahi yang berbunyi :



FASIIRUU FILARDHI FANZHURUU KAIFA KANA A'QIBATUL MUKAZZIBIN
Bermaksud : Kamu berjalanlah di muka bumi ini dan lihatlah dengan matamu bagaimana akibat balasan mereka yang mendustakan kalam Allah .

Dan dalam firman lainnya : FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB ( Maka ambillah iktibar wahai orang-orang yang berfikir )

Dua ayat di atas lebih daripada sekali diulang di dalam Al Quran , untuk menunjukkkan betapa penting kita selaku manusia ini menggunakan anugerah Tuhan untuk melihat , berfikir dan kemudian mengambil iktibar berdasarkan kesimpulan yang terhasil selepas proses menganalisa maklumat yang diperolehi oleh kedua pancaindera utama insan ini . Dan barulah dijadikan benteng keimanan kepada diri kita dari melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama yang pernah dilakukan oleh kaum-kaum ummat terdahulu .





Kerna itulah kita di sunnahkan bermusafir dan berhijrah secara Jasadi ( fizikal ) maupun A'qli ( mentaliti ) . Bermusafir secara maya adalah suatu proses Safar A'qli , yang mungkin belum wujud istilah perumpamaan seperti ini sebelum ini , dan ia adalah tempias dari kepesatan perkembangan teknologi dunia kini . Bersesuaian hukum dan istilah itu menurut zaman . Tapi hakikat proses dan cara untuk mencapai maksud itu menggunakan alat dan pancaindera yang sama iaitu kedua mata dan akal insan . Mendapat maklumat dengan kita melayari internet , menjenguk blog rakan-rakan taulan , bertanya khabar di dalam yahoo messenger , mengemaskinikan Face Book , bersembang di ruangan Chit Chat , meninggalkan pesanan di peti simpanan Cbox . Inilah istilah-istilah perkataan tamsili terkini Safar A'qli yang mula mengambil alih , menggantikan istilah perkataan Safar Jasadi yang hakiki .


Biarkan arus zaman mengalir . Yang peri pentingnya , macammana kita mengambil manafaat dari air yang deras mengalir itu . Bukan dibiarkan hanyut begitu . Sedikit perkongsian dan pencerahan buat para tetamu dan pelawat yang dimuliakan Allah Taala . Moga kita menjadi hamba yang berfikir , beriman dan bertaqwa .





Kembara Kemboja kami , akhirnya Alhamdulilllah berakhir pada 24 oktober 09 lalu . Terpaksa disingkatkan kerana komitmen dan keperluan yang perlu kami selesaikan di Malaysia . Kami bersyukur kerana semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T . 9 hari pengembaraan kami cukup banyak meninggalkn kesan kepada diri . Sedikit kami kongsikan pengalaman berharga sepanjang pengembaraan dakwah kami di Phnom Penh Kemboja . Salam Permisi .





Suasana lalu lintas di Kemboja yang tidak teratur . Mencemaskan kami yang kali pertama menyaksikan . ( kenderaan di sana di pandu sebelah kanan jalan dan stereng kereta di sebelah kiri )





Beramah mesra dengan penduduk setempat.Menjamu selera di salah sebuah gerai halal yang terletak di dalam perkarangan masjid.



Hari pertama tiba di lapangan terbang Phnom Penh disambut ole saudara Yusuf ( di tengah ) ahli jawatankuasa CMIA bersama saudara Hanafi , pemandu tetap Ustaz Farid (tiada di dalam gambar)




Makan bersama Ustaz Farid ( berkacanata dan berkemeja biru ) di salah sebuah restoran halal di Phnom Penh . Kami menetap di rumah tumpangan di atas restoran ini . Dikenali dengan Leston Guest House yang dimiliki oleh warga muslim Vietnam .

Saturday, October 03, 2009

ANUGERAH TERISTIMEWA

SALAM SYAWAL BUAT SEMUA.MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN..
ALHAMDULILLAH YANG TAK TERHINGGA BUAT YANG ESA , MEMPERJALANKAN SEGALANYA SERBA SEMPURNA.


SYAH WALIYYULLAH BIN SAIFUL ISLAM


SAAT YANG DI NANTI-NANTI DAN DITUNGGU - TUNGGU KINI TIBA . DETIK 3.35 am , BERTARIKHKAN 25.09.09 BERSAMAN 6 SYAWAL , PUTRA SULUNG SAYA SEBERAT 3.2 KG SELAMAT DILAHIRKAN , BERALIH DARI ALAM RAHIM KE ALAM NYATA ,TERNYATA PERLU MELALUI PROSES YANG GENTING SEBAGAIMANA JUA KITA PADA KETIKA MEMULAKAN PENGHIDUPAN INI SEBELUMNYA.


NALURI SEORANG YANG BERGELAR AYAH KINI TERUJA INGIN BERKONGSI BERSAMA DAN MENGKHABARKAN BERITA INI KEPADA SAHABAT DAN SAHABIAH SEKALIAN.BUAT PAKCIK2 DAN MAKCIK2 GPTD DISERTAKAN BEBERAPA FOTO ANAK SAUDARA KALIAN YANG BARU MENJENGAH DUNIA INI.HE8.SALAM PERKENALAN DARI SI KECIL YANG BAKAL MENGEGARKAN DUNIA. AMEEN.BUAT SEMUA DOAKAN KAMI.



PADA HARI KE 7 KELAHIRAN , BERSEMPENA MENZIARAHI KEDIAMAN MAULANA ASRI YUSUF , DIAMBIL KESEMPATAN DAN PELUANG UNTUK MENTAHNIQKAN SYAH WALIYYULLAH.

DISUAPKAN PULA DENGAN AIR ZAMZAM, MOGA-MOGA MENGALIR KEBERKATAN DAN KELEBIHAN AIR YANG PERNAH DIMINUM OLEH BAGINDA MULIA MUHAMMAD AL-MUSTAFA . MOGA MENGALIR DIDALAM DIRI SI KECIL HAMASAH WA RAGHBAH LIDDA'WAH ILAL ISLAM, MEWARISI WASILAH DAKWAH PARA ANBIYA'.AMEEN

Friday, July 24, 2009

YANG TERSIRAT DISEBALIK YANG TERSURAT

Rehat Bagi Aktivis Dakwah..
Kali ini, ana ingin bercakap tentang rehat.. Rehat bagi aktivis dakwah..Ingin membawakan satu parable tentang rehat; perjalanan panjang di lebuh raya.Mereka yang travelling jauh menggunakan lebuh raya, sering dinasihatkan untuk berehat dan tidur sekejap di RnR. Rehatnya dan tidurnya di RnR, bukanlah kerana dia tidak ingin meneruskan perjalanan, bahkan kerna ingin mengumpul kekuatan bagi diri, dan mengisi fuel banyak2 bagi keretanya. Juga, untuk check balik peta perjalanan; adakah dia benar2 mengikut peta perjalanan, atau telah tersasar dari arah tuju yang sebenar.Begitulah makna rehat bagi seorang aktivis dakwah. Ia bukan bermakna berhenti. Cuma, ia adalah satu tempoh untuk mengumpul tenaga dan fuel; untuk pecut dengan lebih laju ; )
Posted by aku hambaNya at 3:18 PM 0 comments
Labels:



Antara beberapa perkara yang sempat dilaksanakan semasa tempoh per'istirehatan' :



Menyambut ziarah Pengerusi GPTD ke Kelantan , Saudara Jufitri , bersempena Muktamar ABIM Negeri Kelantan ke 36
Pertautan ukhuwwah bersama YDP ABIM Kelantan, Ustaz Faisal ( tengah ) bersama Pengerusi GPTD Kelantan , Saudara Afzan yang terjalin demi memantapkan ikatan dakwah .

Menyelami pembentangan berkenaan Generasi Sultan Muhammad Al-Fatih yang disampaikan oleh Saudara Jufitri .
Bergambar kenang-kenangan bersama para ahli dan jawatankuasa gerak kerja ABIM Negeri Kelantan .

Friday, July 10, 2009

KU RASA BAGAIKAN SEMALAM . . . . .

Bagaikan semalam angin bayu laut Pulau Kokos menyapa tenang raut wajah ini ,




bagaikan semalam ku bergurau senda dengan ibu-ibu yang selalu datang mengharapkan secebis ilmu Ilahi ,




bagaikan semalam mulut ini menyuap masakan yang selalu disediakan oleh Nek Kayak sekeluarga ,




bagaikan semalam semua peristiwa selama lebih 2 bulan sepanjang berada di sana ,




mengetuk perlahan tingkap memori sambil menyingkap juntaian jendela kenangan di dalam benak fikiran ini .

Ku terkesima.

Terdiam seketika.

Tanpa sepatah kata.



Semuanya bagaikan syurga dunia yang ku ibaratkan buat menggambarkan segala keindahan yang tersedia , kenangan manis yang tercipta , ukhuwwah yang terjalin mesra , melahirkan setulus sifat keagungan seorang hamba buat Maha Pencipta .



Kami ( U.Adam,saya,Lazim,Azmi,Canny,Azrin) sedang bermesyuarat berkenaan perkembangan agama di Pulau Kokos yang ingin dipertingkatkan.


Semua kini tinggal kenangan yang terkadang , bermain di fikiran. . . .
Hanya mampu ku panjatkan jutaan kesyukuran yang tiada penghujungnya buat yang Maha Esa .

Ramai yang menghantar kami ke Lapangan Terbang Pulau Kokos di West Island ( berkumpul beramai-ramai menjamu selera sebelum berangkat pulang )

Memberikan peluang kepada hamba Mu ini , mengecap nikmat yang sementara , sebagai tamsilan buat nikmat yang sebenarnya , yang pasti lebih dan tidak terhingga . Menanti buat mereka yang yakin dan percaya . Kata Mu pasti terkota , di Syurga sana

Saturday, June 20, 2009

BIARKAN FOTO-FOTO BISU INI BERBICARA ,


MENGGANTIKAN LISAN BERSUARA ,



MENCERITAKAN SEGALA PERISTIWA ,


KERANA MEREKA LEBIH IKHLAS MENGGAMBARKANNYA . . . .










Antara anak murid saya yang hadir ke Kelas Fardhu Ain dan Jawi yang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad ( masing-masing menunjukkan simbol 'tauhid' , Allah itu Esa ) .




Sedang memberikan penjelasan kepada para pelajar tentang Bulan-bulan dalam Islam mengikut Kelendar Hijriyyah semasa kelas Fardhu Ain . Diselang-selikan dengan versi nasyid , untuk memeriahkan lagi kelas dan supaya lebih mudah dihafal .



Nek Siran dan saya ketawa bersama . Apa yang digelakkannya ? Mungkin ada perkataan yang tersilap dibilangnya ( disebutnya ) he8 . Sementara ibu-ibu yang lain sedang khusyu' membetulkan bacaan masing-masing sebelum disemak oleh saya .





















Bersama Pak Adam meyampaikan hadiah buat pelajar yang mendapat tempat pertama dalam ujian yang lepas , iaitu saudara Lanip .



Wajah kegirangan jelas terserlah pada wajah anak-anak ini setelah selesai majlis penyampaian hadiah yang diadakan sempena Ujian Pertama mereka pada 6 Jun yang lepas .





Majlis penyerahan cenderamata ( tafsir Al Quran ) buat anak Pak Zaid , Nur Zakirah sebelum keberangkatan Pak Zaid sekeluarga ke Perth.




Suasana semasa diadakan majlis perpisahan buat keluarga Pak Zaid di rumah Nek Kayak . Ramai sanak saudara yang rapat hadir ke majlis sebagai tanda penghormatan dan perpisahan .





Saya bersama warga Markaz Darul Anwar sedang membacakan Yasin dan Tahlil yang diadakan secara tetap pada malam Jumaat dan malam Isnin .




Saya dan Pak Adam sedang menikmati juadah yang dihidangkan sempena majlis Tahlil Seribu Hari Pemergian Ayahanda Mak Zaid yang diadakan pada minggu lepas . Mak Zaid yang kini berada di Perth mewakilkan kepada Pak Adam untuk mengadakan majlis tersebut .






Saya dan isteri di samping kole ( sebutan orang kokos untuk bot ) Pak Emy , semasa menziarahi beliau yang menetap di West Island tempoh hari .






Seronok dapat peluang memancing di lautan yang jernih lagi membiru . Sekali sekala turun ke laut melihat keindahan ciptaanNya .



Saya bersama Pak Mamat bergambar kenangan dengan ikan layar , hasil tangkapan penduduk Kokos pada hari itu . Teruja melihat saiz ikan yang sama besarnya dengan kita .




Masyarakat di sini harus dipuji atas kerjasama dan gotong royong mereka membina Masjid yang baru . Masjid ini masih dalam peringkat permulaan pembinaan .





Beramah mesra dengan penduduk setempat . Salah satu cara untuk berdakwah 'Bil Hal' .




Bergambar kenangan bersama Team Muay Thai yang baru ditubuhkan oleh Pak Ainul ( berdiri disebelah kiri saya , berkopiah putih ) selepas selesai menyaksikan mereka mengadakan latihan .


Pak Ainul sedang memberikan tunjuk ajar langkah dan gaya yang betul kepada anak muridnya .





Salah satu cara mendekati masyarakat . Bermain Takraw bersama penduduk di sini , untuk merapatkan ukhuwwah disamping menyihatkan jasmani .





Firman Allah S.W.T : UDU'U ILA SABILIRABBIKA BIL HIKMATI WALMAUI'ZATIL HASANATI ( ILA AAKHIRIL AYAH )

Bermaksud : Serulah ke Jalan Tuhanmu dengan ber'hikmah' dan dengan nasihat yang baik .....


Sama-sama kita ambil istifadah dan istinbat dari ayat tersebut untuk kita realisasikan di alam waqi' ( nyata ) dan moga bertambah iman dan amal . Dan ianya semakin subur buat bekalan di Hari Sana .

Sama-sama kita sebarkan Kalam Allah di muka bumi ini selaku ' Rahmatan Lil Alamin' . Moga Islam kembali menjulang tinggi . Kerana Janji Tuhan Mu , 'pasti' suatu masa nanti . Salam Permisi buat para Dai'e .